Senarai ini aku buat tentang apa yang aku fikir penting untuk aku, tidak perlu rasanya aku masukkan baju, mitten, lampin, atau perkara-perkara yang lebih sinonim bagi kaum ibu, kerana ini memang kepakaran dia untuk memilih yang terbaik.
1. Infant Car Seat
- Memandangkan kemungkinan besar isteri aku akan bersalin di Kuala Lumpur, aku mempunyai masalah untuk travel balik kampung iaitu dari Kuala Lumpur ke Kelantan , apa yang perlu aku fikir di sini untuk memberikan keselesaan kepada bayi dan isteri. perjalanan mungkin mengambil masa yang agak panjang iaitu 8-9 jam, aku mempunyai beberapa Infant Car Seat yang aku berminat, mungkin beli mungkin tidak. Walaubagaimanapun car seat ini perlu menepati ciri-ciri yang aku perlu, iaitu dapat attach dengan stroler. (travel system)
![]() |
| Maxi Cosi Cabrio Fix Harga : RM 650 Mahal |
![]() |
| Contoh travel system dengan Quinny Zapp Xtra Harga : RM 2100 - RM 2300 Mahal |
![]() |
| Infant Car Seat SCR 7 Harga : RM 220 Stroller SCR 7 Harga : RM 600 SCR 6 + SCR 7 : 7++ (travel system selalu ada discount ) Mampu Milik |
2. Katil Bayi
- Katil bayi, aku masih berfikir perlu atau tidak aku beli, mungkin bayi akan tidur bersama ibunya sepanjang pantang atau aku perlu beri ruang untuk ibu dengan meletakkan bayi di tempat yang sesuai ketika beliau berehat, ada dua pilihan untuk aku pilih antara katil kayu ataupun yang plastik.
| Ikea Baby Cot Sniglar Harga : RM179 Cantik dan aku suka, harga yang mampu milik, |
- Yang ini memang permintaan khas dari isteri aku, dari dulu lagi dia mahukan breast pump jenama Medela, tidak salah rasanya jika aku penuhi permintaan dia memandangkan pegorbanan dia kepada aku. Tidak ternilai.
![]() |
| Medela Swing Breast Pump Single Harga : RM 650 - 750 Hati-hati sebab ada yang warranty local bila rosak alat ganti di Medela Store tidak cover. |
4. Botol Susu
- Aku tahu pengunaan botol susu tidak digalakkan kepada bayi, namun begitu aku kena memahami kekangan masa dan kesulitan untuk breast feed selepas 3 bulan, oleh itu aku rasa perlu biasakan bayi dengan botol susu, tapi mungkin bukan dalam masa yang terdekat, bila masa yang aku rasa sesuai aku bagi.
- Kebetulan 20hb October 2014 ada sale Tommee Tippee di Sogo Kuala Lumpur. aku sempat beli Tommee Tippee Anti-Colic Bottle, katanya supaya bayi tidak banyak tertelan angin nanti perut senang kembung
5. Baby Bathtub
- Baby Bathtub perlu atau tidak aku pun kurang pasti, memandangkan isteri aku staff nurse di NICU aku rasa dia cukup mahir dalam acara mandi manda bayi ini. walaubagaimanapun aku kena akui yang aku takut untuk handle benda-benda macam ini.
- Oleh itu, aku rasa perlu untuk aku carikan. ada satu bathtub ini yang aku suka,
![]() |
| First Years Sure Comfort Newborn Harga : RM 150 Review |
Aku berhenti di sini, mungkin aku akan tambah lagi dari masa ke semasa.






No comments:
Post a Comment