Pages

Tuesday, October 21, 2014

Aku Berhajat Untuk Menulis

Aku berhajat untuk menulis.

Aku menulis untuk diri aku sendiri, tahun hadapan genap bulan March 2015 aku akan mendapat cahaya mata, mungkin perjalanan menuju kesana akan aku tulis disini, mungkin.

Aku bersyukur bakal menjadi ayah suatu hari nanti, banyak yang aku perlu belajar, aku cuba hadam apa pandangan orang yang lebih tua nasihatkan, tapi tak semua perlu aku turut,

Aku menunggu saat ini 2 tahun, aku bertuah mempunyai isteri yang sabar, dia tabah hadapi dugaan, aku teringat riak wajah gembira dia bila dia cakap yang dia pregnant, sangat indah tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya aku, apatah lagi dia yang bakal menjadi Ibu.

Hari ini, usia kandungan 19 minggu, sudah 3 kali aku pergi scan, pertama pada minggu ke 3, 10, 18. Minggu depan 26hb ada temu janji untuk detail scan di Klinik Nurul Alam Damai Cheras. Klinik yang bagus dan doktor yang mesra,


Usia bayi 17 minggu 5 hari.

No comments:

Post a Comment