Cuti Umum Depavali
Hajat aku hendak keluar awal waktu cuti sebegini, tetapi memandangkan isteri aku kerja malam pada hari sebelumnya, aku fikir ada baiknya dia berehat dahulu dan rancang aktiviti keluar pada sebelah petang, lepas asar. Aku ada beberapa plan untuk hari ini yang pertama isteri aku ajak pergi
My Dear Warehouse Sale di Meranti Jaya Industrial Park, Puchong.
Tetapi, sebelum itu aku pergi ke
Pusat Pemborong Malaysia. banyak barang murah di sini, dan rata-rata barang disini adalah barang dari China, kedai ini ada khidmat jualan online dan kau boleh survey dulu barang jualan di link yang di beri. Aku sempat beli dua barang Apple Al-Quran dan Shake n Take blander buah untuk jadikan jus segera.
 |
PUSATBORONG.COM, 82, Jalan Pandan Cahaya 2/6, Taman Pandan Cahaya, 68000, Ampang, Selangor MALAYSIA Tel: 017 251 7515 |
 |
Apple AL QURAN Permainan Kanak-kanak Muslim
Harga : RM 15.00 |
 |
Shake n Take Generation 3 with Two Bottles
Harga : RM 48.00 |
 |
Warna pilihan yang lain
|
Dan selepas itu baru aku bertolak ke My Dear Warehouse Sale di Puchong. Ramai juga orang yang hadir, tapi aku tidak suka sangat pergi kedai yang berkonsep kau tidak boleh membuat pilihan. Di sini kau hanya di tawarkan barangan jenama My Dear sahaja (dah nama pun My Dear Warehouse Sale).
Kalau kau hendak cari barang permainan kanak-kanak aku rasa tempat ini sesuai banyak yang murah seperti basikal, walker dan lain-lain. Di sini aku jalan saja, mungkin suatu hari nanti aku datang lagi untuk cari barang bayi, mungkin.
 |
| Kehadiran orang ramai |
Selepas itu aku teruskan perjalanan ke tempat favourite isteri aku
Sincerelybyus Shawl di Shah Alam berdekatan Uitm. Macam biasalah routine seorang perempuan baju dan tudung.
Dan last perkara aku buat semalam makan
Fradoo ABC Special Madness. Sedap dan harga yang munasabah.
 |
Fradoo ABC (Special)
Ice Cream Shop, Gastropub, and Food Court
No. 14, Food Court Seksyen 2, Shah Alam, Selangor, Malaysia |
 |
| Ini lah rupanya, Sangat sedap. |
No comments:
Post a Comment